05 Nov 2008 -
Apa kata kita berbincang ttg perbezaan muzik - muzik metal ( + sikit muzik yg tak berapa metal ). Mengikut pemahaman kita sendiri yg kebanyakan dah lama bergelumang dgn muzik keras ni dari awal 80-an sampai la dah new millenium ni.
Kat bawah ni pendapat aku je. Kalau nak betulkan pun boleh. Nak komen ke nak kutuk pun tak kisah.
Apa yang anda faham dengan muzik - muzik yang dikelaskan sebagai muzik underground? Setiap individu mungkin mempunyai pemahaman tersendiri terhadap muzik underground berdasarkan pembacaan ataupun selalu mengikuti perkembangan muzik ini. Sekarang ni tak heran begitu banyak kumpulan - kumpulan baru yang muncul dan mengatakan mereka adalah band underground. Terpikir tak anda bahawa kebanyakan artis underground itu sendiri pun ada yang masih konfius dengan genre - genre yg macam - macam tu.
Apa yang aku cuba sampaikan kat sini hanyalah untuk menunjukkan pemahaman aku tentang pengelasan muzik - muzik underground yang bermacam - macam jenis dan bermacam - macam pengikut ni. Aku akui yang mungkin apa aku akan tulis nanti tu tidak berapa tepat. Jadi aku terbuka untuk menerima sebarang komen dan pembetulan.
Alternative - aku kurang pasti sangat jenis muzik macam ni tergolong dalam kategori underground ke tak. Lagu - lagu mereka kebanyakannya tidak begitu keras dan boleh diterima oleh orang kebanyakan. Aku tidak mengikuti sangat muzik jenis ini jadi aku kurang pasti apa yang diceritakan dalam lagu mereka. Mungkin ada lagu cinta. Aku kurang suka muzik dalam kategori ini sebab bagi aku tak happening langsung kalau dengar.
e.g - oasis, green day, weezer
Grunge - muzik ni pun aku konfius macamana boleh terkategori dalam kategori underground. Lagu - lagu kebanyakannya jiwang. Tidak heranlah ramai remaja perempuan dan remaja lelaki yang diambang percintaan begitu meminati lagu - lagu kategori ini dan mengatakan mereka adalah grunge walaupun haram habuk pun tak paham apa itu grunge. Muzik ini seakan - akan berada di tengah - tengah antara alternative dan punk. Grunge diperkenalkan oleh band - band yang berpusat di Seattle, US. Muzik ni juga dikenali sebagai Seattle Sound.
e.g - soundgarden, pearl jam, smashing pumpkins
Punk - muzik ni sangat bising dan bercelaru. Kebanyakan muzik punk tidak bersangkut paut dengan hantu dan syaitan dalam lagu mereka. Kebanyakannya hanyalah mencarut dan mengutuk sapa - sapa yang mereka tidak puas hati. Bagi aku muzik punk tidak sesuai untuk banging kerana rentak lagu dan pukulan drum seakan berterabur. Muzik ini hanya sesuai untuk melompat - lompat dan meloncat - loncat. Kalau dalam konsert, masa ending atau tengah - tengah konsert tu mereka akan membuat gimmik untuk menarik perhatian penonton dengan menghempas gitar, menghempas mic, ataupun meludah merata - rata tempat seakan - akan mahu menunjukkan keadaan yang huru - hara. Bagi aku, aku kurang berminat dengan style macam ni sebab seakan - akan punkers itu semua cuba menarik perhatian penonton dengan style publisiti murahan.
e.g - misfit, exploited, sex pistol
Hardcore - minta maaf kalau aku tersalah tulis tentang muzik ini. Daripada sumber internet aku mendapati hardcore adalah grindcore ataupun adik beradik dengan grindcore. Aku pulak berkefamahan grindcore tu adalah grindmetal yg lagi up dan hardcore pulak adalah adik beradik punk. Sampai sekarang aku masih belum dapat memahami betul - betul apa itu hardcore. Kalau ikut pemahaman aku dulu aku merasakan hardcore tu macam lagu yang dibawa oleh The Pilgryms dan Offspring di mana muzik mereka seakan - akan punk yg melodic.
e.g - Offspring, The Pylgrims, sapa lagi?
Heavy Metal - muzik ni adalah jenis muzik yang aku paling suka. Lagu - lagu tidak berkisarkan pada percintaan dan kekecewaan dalam percintaan. Topik lagu mereka sangat luas - politik, peperangan, pengalaman diri dan bermacam - macam lagi. Mereka tidak memerlukan gimmik semasa dalam konsert mereka. Cara mereka untuk menarik penonton hanyalah dengan persembahan mereka sahaja. Aku paling suka style konsert yang dibawa oleh Metallica ( lama ). Bagi aku kalau orang tanya apa itu heavy metal dan aku akan mengatakan dengarlah Metallica ( lama ).
e.g - metallica, megadeth, sacred reich
Thrash Metal - lanjutan dari heavy metal maka lahirlah thrash metal. Thrash metal tidak begitu mementingkan vocal. Mereka mementingkan muzik sahaja. Untuk membezakan dengan heavy metal, thrash metal menghasilkan muzik yang lagi keras dan mengasyikan serta vocalnya yang tidak begitu jelas. Cromok adalah satu - satunya local band yang memainkan muzik ni.
e.g - cromok, noctornous, slayer
Speed Metal - speed metal juga dikenali sebagai progressive rock. Kalau ikut definisi muzik ni dikatakan sebagai muzik yang pantas dari segi ketukan drum, petikan gitar dan petikan bass. Tapi sepanjang aku mendengar lagu daripada band - band speed metal aku tak dapat pun mengesan kat mana pantasnya lagu tersebut. Ok jugak muzik ni kalau dilayan. Happening jugak. Aku suka beberapa lagu oleh Helloween.
e.g - helloween, riot, gamma ray
Death Metal - sebelum ini aku memang suka dengar death metal. Lagu berkaitan dengan hantu dan syaitan, keagamaan serta kematian. Aku suka dengan muzik ni sebab walaupun berat mereka masih lagi mementingkan irama dan rentak. Mereka tak hentam promo je buat lagu. Kadang - kadang bila dengar lagu death metal boleh feeling jugak bila sampai part gitar solo yang syahdu tu. Aku lebih suka death metal band tempatan sebab kena dengan citarasa aku. Lagipun mereka tidak begitu over dalam menghasilkan lagu - lagu yang berkaitan dengan keagamaan.
e.g - morbid angel, unleashed, silent death
Black Metal - imej yang dibawa oleh black metal seakan - akan sama dengan death metal. Kalau kurang mengenali band tersebut cenderung kepada konsep apa pasti akan terkeliru antara black metal dengan death metal. Black metal biasanya lebih kepada pemujaan dalam lagu mereka. Biasanya keyboard adalah satu instrument yang biasa digunakan untuk menghasilkan muzik yang seram dan ngeri. Hilaian dan jeritan seakan - akan seseorang tengah disiksa juga banyak dimasukkan dalam lagu - lagu mereka. Vocal mereka agak jelas dan lagu - lagu mereka juga mempunya irama yang menarik.
e.g - king diamond, bathory, cradle of filth
White Metal - konsep yang cuba dibawa adalah berlawanan dengan black metal. White metal adalah tergolong dari golongan yang mempercayai tentang kewujudan tuhan berbeza dgn black metal yang sentiasa meragui tentang kewujudan tuhan. Mungkin ada yang tertanya - tanya adakah mereka ni membawa muzik yang slow dan perlahan? Aku tidak dapat memberi jawapan kerana masih belum pernah mendengarnya lagi. Mungkin muzik yang dibawa adalah berat tetapi kandungan liriknya yang membawa kepada kebaikan.
Doom Metal - muzik ini adalah salah satu muzik yang menjadi kesukaan aku. Doom metal adalah satu muzik berat yang perlahan. Seolah - olah mereka bermain muzik dalam keadaan slow motion. Bagi sesiapa yang menyukakan muzik yang pantas pasti tidak boleh menerima muzik yang sebegini rupa dan mungkin akan membuatkan seseorang itu tertidur sebab terlampau boring. Modar adalah salah satu local band yang mencuba nasib dalam konsep muzik ini dan hasilnya tidak mengecewakan aku.
e.g - chatedral, black sabbath, modar
Grindcore - aku merasakan grindcore adalah kemuncak dalam segala muzik. Muzik ni terover ganas, laju, bising, brutal dan sebagainya. Kebanyakan lagu bertemakan pembunuhan, penyakit, perut terburai dan badan kena kerat empat belas. Memang meloyakan kalau tengok cover album mereka.
e.g - carcass, brutal truth, godflesh
Grind Death Metal - muzik ni pulak camana? apa beza dengan grindcore? aku nak korang bagi pendapat tentang perbezaan muzik ni dengan grindcore.
e.g - Cannibal Corpse, Necrotic Chaos, sLumsCum